Tuesday, 14 August 2018

i-MiTS Bukit Besi Ziarah Mangsa Rumah Terbakar

SHARE
Wakil i-MiTS meninjau keadaan rumah mangsa kebakaran baru-baru ini.
 Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi mengunjungi mangsa yang menerima nasib malang apabila rumahnya terbakar di Kampung Minda, Bukit Besi pada jam 4:45 petang baru-baru ini.

Wakil i-MiTS DUN Bukit Besi, Hanif Safwan Mansor tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak apabila melihat buku-buku persekolahan terbakar.

"Saya merasa sebak apabila mengenangkan nasib anak-anak mangsa yang mengalami kesusahan untuk meneruskan persekolahan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita sewaktu lawatan ke rumah mangsa, semalam (13 Ogos).


Wakil i-MiTS memberikan sumbangan keperluan makanan dan keperluan persekolahan anak mangsa serta saudaranya.

Sementara itu, menurut mangsa, rumahnya telah dua kali menghadapi musibah kebakaran ini.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Minda, Zakaria Maadan berkata, rumah asal mangsa masih belum lagi pulih, malah rumah kedua pula terbakar.

Menurutnya, semasa kejadian yang berlaku pada pukul 4.45 petang waktu Asar itu, mangsa yang merupakan seorang buruh dan isterinya seorang pekerja ladang sedang bekerja.

Walau bagaimanapun, punca kejadian masih lagi di dalam siasatan.


"Kita berharap agar mangsa sekeluarga sabar menerima ketentuan Allah," ujarnya.

Turut hadir, Pembantu Penyelia Latihan i-MiTS DUN Bukit Besi, Malek Abdul Ghani, wakil Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) yang turut memberikan bantuan kewangan, barang makanan dan lain-lain keperluan.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: