Monday, 27 August 2018

i-MiTS Bantu JPAM Baik Pulih Rumah Mangsa Ribut

SHARE


 Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN- Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berganding bahu membantu membaik pulih rumah mangsa ribut di Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.

Pembantu Hal Ehwal Masyarakat i-MiTS, Mohd Noor Azian berkata, bantuan segera itu bagi menyelesaikan masalah dihadapi penduduk berikutan struktur bumbung yang rosak dalam tragedi itu.

"Kejadian itu menyebabkan 92 buah kediaman rosak teruk dan perlu dibaiki segera. Manakala i-MiTS datang membantu bagi memudahkan kerja JPAM," ujarnya.

















Menurut beliau, tugas dan peranan i-MiTS bukan semata-mata di dalam pejabat, sebaliknya turun emmbantu ketika berlaku musibah, sejajar dengan fungsi  bagi memastikan keselamatan  serta mensejahterakan penduduk di samping memperkasakan peranan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Sehubungan itu Pembantu Pegawai Teknologi Maklumat i-MiTS, Hanif Safwan Mansor pula memberitahu kaunter aduan bencana banjir sudah beroperasi bagi memastikan maklumat lengkap dan segera dapat dikumpulan untuk memastikan bantuan sampai dengan cepat kepada penduduk yang terlibat dalam musibah.



"Dari aduan ini di kaunter khas bencana ini kita terus pergi ke rumah-rumah mangsa. Tinjauan akan dilakukan segala keperluan seperti atap, perambung dan sebagainya disenaraikan bagi dipanjangkan kepada pihak yang akan mengusahakan proses membaik pulih rumah-rumah mangsa," katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Besi.

Katanya, selain JPAM dan i-MiTS, bomba, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan MPKK turut menjayakan misi bantuan itu.

Selain itu, i-MiTS yang diketuai Zakiah Alias turut menyiapkan makanan yang dimasak secara bergotong- royong dengan penduduk setempat bagi dijamu kepada petugas serta komuniti setempat yang terlibat.





SHARE

Author: verified_user

0 komen: