Monday, 20 August 2018

i-MiTS Anjur Kursus Pengurusan Sembelihan Perdana

SHARE


 
Oleh: Helmi Abd Salam

SETIU – Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i -MiTS) Dewan Undangan Negeri  Batu Rakit menganjurkan Kursus Pengurusan Sembelihan Perdana di Masjid Al Ukhuwwah,Kampung Mengabang Telong, baru-baru ini..

Menurut Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail  program yang dirancang i-MiTS  itu  membuktikan kebersamaan semua pihak dalam menjayakan agendanya.

“Kebersamaan ini membuktikan suatu tanda bahawa masyarakat sekarang telah dapat menerima kerajaan baru Yang dipimpin oleh PAS dengan slogan Terengganu Maju,Berkat dan Sejahtera,” Katanya ketika berucap di Masjid itu,

Sementara itu Pengarah program Haji Abdul Rahman Yusoff berkata program yang dianjurkan bersama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mengabang Telong itu akan diteruskan pada masa akan datang.

"InshaAllah kita akan mengadakan lagi program seumpama ini bersama MPKK dalam mengeratkan lagi ukhwah sesama penduduk qaryah dan sekitarnya sebagai satu usaha membina masyarakat yang berilmu." ujarnya yang juga merupakan pengerusi Masjid Al Ukhuwwah.

Untuk rekod program separuh hari meliputi ilmu penerangan berkaitan penyembelian dan praktikal ini adalah kali pertama diadakan di DUN Batu Rakit.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: