Tuesday, 21 August 2018

Hari Arafah, Waktu Penyatuan Umat Islam

SHARE

Oleh :  Syaharulhafizi Shamsudin

KUALA TERENGGANU : Program Penghayatan Hari Arafah bertujuan memberi pengetahuan kepada masyarakat bahawa Hari Arafah ini merupakan  salah satu hari dari hari perayaan umat Islam serta memuliakan Hari Arafah.

Kebanyakan penganut Islam menganggap hari perayaan mereka adalah pada Hari Raya Haji (Aidiladha) yang bermula pada 10 Zulhijjah dan hari raya puasa (Aidilfitri),  kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Beliau mengulas demikian ketika bersiaran menerusi radio Manis FM, di sini, semalam.

Menurut Mohd Nor, Hari Arafah ini merupakan hari untuk jemaah haji berhimpun di Arafah serta simbol perpaduan umat Islam tanpa mengira keturunan, warna kulit dan darjat. Selain itu juga, pada hari Arafah adalah hari penyempurnaan agama Islam.

 “Antara pengisian dalam program ini adalah Forum Penghayatan Hari Arafah dari panel yang pakar dalam membincang berkaitan Hari Arafah. Program ini diadakan 20 Ogos 2018 supaya memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk berpuasa beramai-ramai pada hari Arafah keesokannya.

“Saya menyeru kepada jawatankuasa masjid seluruh Terengganu untuk mengadakan pengisian keesokkannya (21 Ogos) seperti majlis iftar, tazkirah dan sebagainya yang bukan hanya sekadar bertakbir untuk memeriahkan sambutan ini," katanya.


Menurutnya, bagi menyemarakkan sambutan itu, program khusus di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) adalah memilih satu masjid setiap daerah bagi mengadakan majlis iftar dan pengisian yang akan diruskan pihak masjid.

“Marilah kita bersatu tidak mengira bangsa serta pangkat dan berharap masyarakat dan khususnya penduduk sekitar Taman Tamadun Islam dapat mengimarahkan program ini bersama," ulas beliau lagi.

Program yang pertama kali dianjurkan di Terengganu, sekali gus bakal  dijadikan program tahunan Terengganu.ini diadakan selama dua hari bermula semalam hingga hari ini (21 Ogos) di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, di sini.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: