Monday, 20 August 2018

Golongan Uzur Terima Bantuan Tabung Darul Iman

SHARE

Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT - Golongan yang uzur dan tidak bernasib baik terus mendapat perhatian kerajaan negeri apabila menerima Bantuan Tabung Darul Iman (TDI) untuk menguruskan perbelanjaan perubatan masing-masing.

Bantuan disampaikan menerusi Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir ketika menziarahi pesakit kronik di sekitar Kuala Besut, di sini, hari ini.


Turut serta, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Lay Out Tok Saboh, Kampung Nail dan Kuala Beaut.

Azbi berkata, Tabung Darul Iman adalah antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Terengganu bagi meringankan beban pesakit-pesakit kronik yang menetap di Terengganu dan tidak berkemampuan bagi menguruskan perbelanjaan perubatan mereka.


Katanya, ujian yang diturunkan Allah SWT ini menyebabkan golongan ini akan terbatas pergerakan dan aktiviti sekali gus sukar untuk bekerja seperti biasa bagi menyara kehidupan mereka serta keluarga.

"Bantuan ini layak dipohon oleh semua pesakit kronik dengan disahkan oleh doktor akan penyakit itu.

"Kerajaan negeri akan membantu semua rakyat yang layak menerima tidak kira apa fahaman politik sekalipun di kalangan pemohon berkenaan,"katanya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: