Wednesday, 8 August 2018

Pengunjung Gempar Penemuan Bangkai Penyu

SHARE
Keadaan bangkai penyu yang reput ketika ditemui oleh pengunjung pantai
Pengunjung di Pantai Kuala Kerteh, Kemaman gempar apabila menemui bangkai penyu dipercayai jenis karah yang terdampar dalam keadaan sudah busuk dan reput, petang semalam.

Bangkai penyu dewasa yang dianggarkan seberat 50 kilogram lebih itu ditemui oleh seorang bapa, Zurimi Wahab, 48, pada jam 6.00 petang sewaktu sedang bersiar-siar di pantai.

Zurimi berkata, dia bergegas menghampiri dan memeriksa penyu itu namun terkejut apabila mendapati ia sudah pun menjadi bangkai.

"Rupa-rupanya ia bangkai penyu dan keadaan bangkainya cukup menyedihkan sebab sudah reput dan pada bahagian cengkerangnya seperti terkena pukulan objek tumpul.

"Saya rasa  ianya  mungkin sudah tersadai di tepi pantai selama dua hari dan mungkin sebelum itu ia hanyut antara dua ke tiga hari berdasarkan kepada keadaan bangkainya," katanya.

Zurimi berkata,  penemuan bangkai penyu itu merupakan kes kedua di pantai itu dalam tempoh dua bulan.

"Ini yang merisaukan kita kerana  penyu yang menjadi tarikan Terengganu akan terus pupus seiring dengan peredaran masa sekiranya tiada langkah yang dibuat untuk mengekangnya," katanya.

Dia berharap supaya kes kematian penyu ini dapat diatasi demi memastikan penyu yang menjadi kebanggaan Negeri Terengganu dapat terus dipelihara dan dipulihara untuk tatapan generasi akan datang.


SHARE

Author: verified_user

TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB HAMBANYA KECUALI HAMBANYA BERUSAHA UNTUK MENGUBAH DIRINYA SENDIRI

0 komen: