Saturday, 18 August 2018

Festival Mek Dan Awang

SHARE

Wan Sukairi meninjau pameran. Foto Tg Syamim Tg Ismail
KUALA TERENGGANU - Nama 'Mek dan Awang' sememangnya cukup sinonim di kalangan masyarakat Terengganu dan kini diketengahkan melalui Festival Peranakan Terengganu selama  enam hari bermula 17 sehingga 22 Ogos ini.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata panggilan "Mek dan Awang" di kalangan masyarakat Melayu menggambarkan tahap kemesraan di dalam keluarga dan antara sahabat handai.

"Bagi kominiti Cina pula, signifikan nama "Mek dan Awang" turut menggambarkan hubungan erat bukan sahaja sesama komuniti malah dengan masyarakat majoriti Melayu di sekeliling, " katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah pada Majlis Perasmian Festival Peranakan 2018, di Kampung Tiong, di sini, malam tadi.


Ahmad Samsuri berkata, memandangkan keunikan nama "Mek dan Awang" itu sendiri yang memberi pengertian identiti Negeri Terengganu, pihaknya mencadangkan nama Festival Peranakan Terengganu dijenamakan semula sebagai "Festival Mek Awang Terengganu" bermula tahun hadapan.

"Menerusi festival ini juga ia dapat dijadikan platform untuk terus memastikan kelestarian seni, budaya dan warisan masyarakat Cina terus terpelihara yang mampu menghidupkan kembali nostalgia lama dan sekali gus mampu membantu menjadikan Kampung Cina sebagai 'A Unique Heritage Brand In A Tourism Hub' dalam memprkenalkan Terengganu kepada pelancong luar," katanya

Katanya, justeru, Kerajaan negeri tidak bersendiriran dan mengharapkan kerjasama daripada semua rakyat untuk menjadi 'duta' dalam turut sama membantu mempromosikan kempen "Beautiful Terengganu, Malaysia" ini.

"Kebudayaan peranakan Terengganu mempunyai warisan tradisonal yang amat unik dari segi adat resam, pemakaian, makanan dan loghat perbualan melalui proses asimilasi budaya dengan masyarakat Melayu.

"Festival itu akan dijadikan acara tahunan dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri sekali gus membantu mengembalikan nostagia,' katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: