Tuesday, 14 August 2018

Festival Kenyir 2018 Jangka Tarik 70,000 Pengunjung

SHARE


Lebih  70,000 penduduk dijangka  mengunjungi  Festival Kenyir 2018 di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu yang akan berlangsung selama empat hari bermula  30 Ogos hingga 2 September depan.

Pengurus Kanan Korporat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Zainuddin Md Zaki berkata penganjuran kali ke lapan itu lebih meriah dengan pelbagai aktiviti  menarik termasuk sukan air dan darat selain pameran oleh  usahawan serta persembahan pentas yang mempamerkan  kebudayaan setempat.

Katanya, selain mengetengah pelbagai aktiviti, festival berkenaan juga bertujuan untuk mempromosi tempat-tempat yang menarik di Tasik Kenyir terutamanya Taman-taman Kenyir Island Hopping dan Santuari Kelah.

``Festival Kenyir 2018 itu juga merupakan usaha terancang Ketengah dan kerajaan negeri dalam usaha mempopularkan lagi Tasik Kenyir yang merupakan tasik terbesar buat manusia dengan keindahan semulajadinya.

``Malah festival sama  mennawarkan jualan bebas cukai pada Ogos 2017 yang telah menjadi kuasa penarik orang ramai berkunjung ke Tasik Kenyir,,’’ katanya dalam sidang media di sebuah hotel, di Kuala Terengganu petang semalam.

Beliau berkata, pada tahun lalu Festival Kenyir berjaya menarik kira-kira 60,000 pengunjung sepanjang festival itu berlangsung dan jumlah lebih 70,000 orang pada tahun ini akan dapat dicapai.

Zainuddin berkata, pihak Ketengah juga menyediakan  kemudahan pengangkutan tram kepada penunjung daripada kawasan letak kereta ke tapak acara

Majlis perasmian festival dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina 
Mohd Harun pada 30 Ogos ini manakala majlis penutup oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 2 September nanti.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: