Wednesday, 15 August 2018

Kerajaan Lahir Petani Penyambung Generasi

SHARE
Dr Azman Ibrahim berinteraksi dengan para petani dalam taklimat tersebut.

Oleh: Hidayah Azlin

SETIU - Anak muda berpotensi tinggi untuk membangunkan bidang pertanian terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di bawah Program Sumber Rezeki Baru.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kemajuan bukan hanya untuk perindustrian dan bandar baru tetapi haruslah tidak lupa berpijak di bumi nyata.

"Ianya kerana masih banyak tanah yang boleh dimajukan dalam sektor pertanian.

"Pertanian ialah perniagaan. Pertanian bukan sahaja bercerita tentang ekonomi malah ia merupakan sumber makanan dan kita boleh maju ke hadapan dengan pertanian," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Taklimat Peluang-peluang Pertanian Untuk Belia dan Beliawanis di Balairaya Kampung Tok Dor, kelmarin (13 Ogos).

Turut hadir, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkifli Harun, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri, Haji Abdul Munim Abd Razak, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Imran Tajul Arifin untuk memberi penerangan berkaitan jabatan masing-masing kepada para petani.

Program Agropreneur Muda membuka peluang kepada belia dan beliawanis yang berumur 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.

Antara skop yang terdapat di bawah program ini adalah Pembangunan Industri Kopi, Tanaman Kluster Bunga dan Tanaman, Ladang Organik dan banyak lagi.

Selain itu, 'Transformasi Graduate Programme' akan diteruskan bagi membuka peluang kepada pelajar lepasan universiti yang berminat dalam sektor ini.

Pelbagai info tentang kursus dan latihan boleh didapati secara online melalui portal Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.


Sementara itu, Nik Nur Naeimah, 26, lepasan Master Bioteknologi Pertanian berkata, taklimat sebegini harus diadakan lagi bagi memberi penerangan jelas dan membuka minda pelajar lepasan universiti yang menganggur.

Kehadiran belia memenuhi ruang dewan membuktikan minat sebahagian anak muda kepada pertanian dan kerajaan akan membantu mereka untuk memajukan bidang ini.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: