Thursday, 23 August 2018

Berkorban Pertahankan Agama Islam

SHARE


Oleh:Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU- Berkorban bukan sahaja korban lembu, kambing dan kerbau malah lebih berkorban untuk mempertahankan agama Islam,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di Bukit Depu, Batu Buruk, di sini, hari ini

Beliau memberitahu demikian ketika menyampaikan ucapan sempena program ibadah korban anjuran Surau Bukit Depu dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bukit Depu.

“Korban ini ialah ibadah kepada Allah yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim A.S dan diteruskan oleh Nabi Muhammad SAW,” katanya.


Turut hadir Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bukit Depu, Zakaria Hamat, Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Gelong Gajah, Mohd Nasir Mohd Rusidi dan semua Ahli Jawatankuasa MPKK Bukit Depu.

Program tersebut turut dihadiri kira-kira 40 orang penduduk kampung dan peserta yang menyertai korban lembu yang jenisnya Chevrolet.

Muhammad Khalil menjelaskan antara cabaran paling besar bagi umat Islam di negara kita sekarang ialah cabaran Islam liberal, Islam plurisme dan Islam moderate ini yang hanya meletakkan nama Islam tetapi hakikatnya mereka ingin membuang ajaran Islam.

“Antara cabaran yang paling besar di negara kita ialah cabaran Islam liberal, cabaran Islam plurisme dan cabaran Islam moderate ini yang hanya meletakkan nama islam tetapi hakikatnya mereka nak buang ajaran islam," katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau juga menyatakan mereka yang bercakap tentang Islam dalam masa sama mempertahankan LGBT dan menjaga hak-hak bukan Islam lebih daripada hak-hak orang Islam.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: