Monday, 20 August 2018

Bakal Pelajar Universiti Perlu Aktif Berpersatuan

SHARE





Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN- Pelajar yang akan melanjutkan pelajaran  ke Institut Pengajian Tinggi  dinasihatkan agar bergiat aktif diri dalam persatuan dan jemaah Islam.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata penglibatan diri dalam program seumpama itu adalah  penting kerana melaluinya akan dapat mengasah dan memupuk bakat kepimpinan sebagai pemimpin di masa akan datang.

"Pelajar perlu melibatkan diri dengan persatuan kerana ia akan melatih pelajar untuk memiliki ciri-ciri kepimpinan.

“Namun begitu perlulah memilih persatuan yang menjurus dan berorientasikan Islam mengikut Ahlu Sunnah Wal Jamaah,"katanya.

Menurutnya suasana dan cabaran di universiti tidak sama dengan suasana semasa persekolahan kerana lebih mencabar.

"Di universiti banyak aliran pemikiran, kerana itu pelajar perlu berhati-hati dan tidak cenderung kepada aliran islam liberal,

"Golongan liberal begitu membiak di kampus-kampus dan universiti, kerana sasaran mereka adalah  pelajar dan cendekiawan-cendekiawan dari univerisiti," tegasnya dalam ucapannya itu.

Beliau ditemui pemberita dalam satu majlis bertemu mesra dengan  pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dari DUN Bukit Besi yang akan melanjutkan pelajaran ke Institus Pengajian Tinggi awam dan juga swasta di Universiti Tempatan di Dewan Sivik Kampung Nerang, Jerangau Sungai, di sini.

 Ghazali turut mengingatkan agar jangan merasa rendah diri kerana menjadi pelajar yang hanya bersekolah di Luar Bandar, rebutlah peluang yang ada, jangan merendah diri,

"Cubalah saingi pelajar-pelajar di bandar dan buktikan bahawa pelajar luar bandar adalah setanding dan lebih baik dari mereka yang bersekolah dibandar," ucapnya.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan agar belajar bersungguh-sungguh agar mampu menjadi pemimpin didalam masyarakat dan mampu berkhidmat bagi memajukan Bukit Besi dimasa akan datang.

"Belajarlah bersungguh-sungguh supaya kerajaan Teknokrat yang diimpikan oleh kerajaan Negeri Terengganu dimasa akan datang dapat diisi oleh modal-modal insan dari DUN Bukit besi apabila bergraduat nanti,”katanya

SHARE

Author: verified_user

0 komen: