Sunday, 26 August 2018

Ambil Iktibar Dari Peristiwa Korban

SHARE

Oleh : Afiq M.Zaid


"Pengorbanan yang besar dilakukan oleh Nabi Ibrahim adalah sebagai tanda Ketaqwaan kepada Allah, mari kita bersama mengambil ibrah dan iktibar dari peristiwa tersebut." kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Korban Perdana anjuran Pusat Khidmat DUN Kota Putera , baru-baru ini.

Program tersebut dihadiri kira-kira 300 orang termasuk penduduk kampung, peserta yang menyertai ibadah korban dan penerima sumbangan.


Beliau juga turut mengagihkan sumbangan daging kepada penduduk setempat.

"Saya sangat berharap semoga Korban Perdana ini dapat meninggalkan sedikit sebanyak kesan yang positif kepada semua yang hadir," ujarnya.

Beliau juga menyatakan budaya islam seperti bersedekah, menziarahi dan bantu membantu perlu dipupuk bagi menghayati erti sebenar Hari Raya Korban.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: