Wednesday, 15 August 2018

82 Pegawai Baharu Angkat Sumpah

SHARE
Usai upacara angkat sumpah pegawai kerajaan negeri yang baru dilantik. Foto - Solahuddin Al-Idrus

Oleh: Atiyyah Sakinah 

KUALA TERENGGANU - Seramai 82 orang pegawai baharu yang dilantik oleh kerajaan telah melapor diri dan menghadiri upacara angkat sumpah, hari ini.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perkhidmatan), Najihah Embong berkata, beliau berharap setiap anggota perkhidmatan awam hendaklah menjaga nama baik jabatan masing-masing, tidak kira di mana jua mereka berada.

“Kita dalam perkhidmatan awam ini hendaklah jaga nama baik jabatan, imej jabatan dan yang paling penting kita hendaklah bekerja dengan jujur.

“Bekerjalah dengan ikhlas, amanah dan yang paling penting perlu menjaga integriti," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kepada 38 orang pegawai yang dilantik di bawah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) manakala 44 orang yang lain dilantik di bawah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM).

Majlis ringkas tersebut telah berlangsung di Wisma Darul Iman hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah UPDI, Encik Sazali Mohd Noor mengalu-alukan pelantikan para pegawai tersebut dan berharap agar mereka bekerja bersungguh-sungguh.


"Tahniah kerana dilantik sebagai pegawai media dan takziah kerana terpaksa (bersungguh-sungguh) bekerja bersama saya, selamat bertugas dan maju jaya,” tegas beliau.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: