Thursday, 16 August 2018

43,269 Ibu Bapa Tunggal Seluruh Terengganu

SHARE
Haji Hanafiah Mat berucap semasa ditemui pemberita dalam majlis tersebut. Foto - Harish Fadzillah 
Oleh: Atiyyah Sakinah

KUALA TERENGGANU -  Bilangan ibu dan bapa tunggal yang direkodkan di Terengganu adalah seramai 43,269 orang sehingga Jun 2018 ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat berkata, kerajaan mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu tunggal dan bapa tunggal yang telah melangsungkan perkahwinan.

“Dalam surah  ada mengatakan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dengan jenis-jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram dan Dia menjadikan di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan,” katanya.

Menurut Haji Hanafiah Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, isi-isi keluarga adalah unit asas yang terpenting dalam asas pembentukan masyarakat.

"Jika baik sebuah keluarga, maka akan sejahtera dan bahagia generasi yang dilahirkan dalam masyarakat seumpama ini," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Cek Saguhati Perkahwinan Ibu Bapa Tunggal dan Pinjaman Modal Program Jaya Diri (PJD) di Dewan Utama, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YKPT), semalam (15 Ogos).

Turut hadir , Pengarah YPKT, Haji Mohd Shafaruddin Bin Mustaffa.

Sementara itu, Shamsuddin Talib, 70, yang menetap di  Kerteh Kemaman berkata, dia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu melalui YPKT yang menjalankan majlis ini kepada ibu dan bapa tunggal.

Ibu dan bapa tunggal akan merasa terbuka hati untuk mendirikan perkahwinan dengan bantuan daripada kerajaan ini.


Beliau bersama  isterinya , Che Halijah Che Ismail, 67,  telah mendirikan rumah tangga untuk kali kedua pada 13 Mac tahun ini.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: