Saturday, 11 August 2018

20 Pasukan Rebut Piala ADUN Jabi

SHARE

Kejohanan Bolasepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi membuka tirai semalam dengan penyertaan 20 pasukan.

Kejohanan yang dijangka berakhir pada penghujung September menjadi perintis di Terengganu sebaik peralihan kerajaan yang baharu pasca Pilihan Raya Umum Ke-14.


Perlawanan antara Kepala Gajah FC vs Felda Selasih FC di Padang Bola Kampung Kerandang, menjadj pembuka tirai kejohanan.

ADUN Jabi, Dr. Azman Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri berkata, kejohanan itu merupakan medan untuk mengembangkan bakat dan menghimpunkan anak muda DUN berkenaan ke arah aktiviti  yang lebih sihat.

Kata beliau lagi, acara yang melibatkan anak muda itu juga agenda yang diberi keutamaan kepimpinan baru kerajaan Terengganu.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: