Wednesday, 29 August 2018

110 Atlet Dari 11 Negara Tutup Tirai Boling Padang

SHARE

Oleh : Atiyyah Sakinah

KUALA NERUS –  Seramai 110 atlet dari 11 negara menutup tirai penyertaan pertandingan sukan boling padang peringkat negara Asean selama empat hari di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, di sini, yang berakhir semalam (28 Ogos).

Majlis penutupan itu disempurnakan oleh bapa angkat kepada sukan Lawn Bowls Terengganu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.

Turut hadir, Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim.


Menurut Yahaya, kejuaraan itu bukan sahaja untuk memupuk bakat peserta tetapi juga bertujuan menyatukan semua pihak yang terlibat dengan cara yang menyenangkan walaupun kita berbeza budaya dan juga berbeza kepercayaan.

“Memenangi permainan adalah penting tetapi menang dalam menyatukan persaudaraan peserta adalah lebih penting,” katanya.


Katanya lagi, beliau percaya kesemua pasukan sudah membuat yang terbaik pada pertandingan tersebut dan menghargai semua pihak yang terlibat kerana bertungkus lumus menjayakan kejohanan itu.

Sementara itu, Yahaya juga berharap penganjuran itu menjadi satu kejayaan besar kepada semua pemain serta mengambil peluang untuk menikmati keindahan yang ada di Terengganu serta Malaysia amnya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: