Tuesday, 21 August 2018

100 Hari Kejayaan, Lima Manifesto PAS Sudah Ditunaikan

SHARE


Oleh : Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU - “Alhamdulillah, lima Manifesto PAS telah ditunaikan sepanjang 100 hari Kejayaan Pas Terengganu yang telah memenangi PRU-14 pada baru-baru ini," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di Markaz Tarbiyyah Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini, hari ini.

Beliau memberitahu demikian ketika menyampaikan taklimat sempena Program Taklimat 100 Hari Kejayaan Kerajaan PAS Terengganu.

"Perkataan 100 hari manifesto ini sebenarnya bukan dari PAS, tapi sebenarnya dari Pakatan Harapan yang menawarkan kepada rakyat di dalam PRU-14 baru baru ini," katanya.

Turut hadir Setiausaha Dewan Muslimat Negeri Terengganu, Rahimah Muda, Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Kuala Terengganu, Zaiton Abbas dan semua Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kuala Terengganu.

Taklimat anjuran Lajnah Penerangan Dewan Muslimat Pas Kawasan Kuala Terengganu itu turut dihadiri 130 muslimat dari semua DUN di Kuala Terengganu.


Muhammad Khalil menjelaskan kerajaan negeri tidak gopoh untuk menunaikan janji manifesto kerana ia bukan keperluan untuk tempoh masa 100 hari tetapi dalam tempoh satu penggal atau lima tahun.

“PAS tidak gopoh menjanjikan 100 hari untuk melaksanakan manifesto yang diutarakan malah menjanjikan untuk menyelesaikan semua manifesto dalam tempoh satu penggal," katanya lagi.

Sehubungan dengan itu,  beliau juga menyatakan Manifesto PAS juga merangkumi Ad-Doruriyyatul Khams iaitu mempunyai lima keutamaan dan keperluan yang perlu dijaga antaranya agama, nyawa, keturunan, akal dan juga harta.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: