Sunday, 29 July 2018

"Teruskan `Me-rocket' The Pocket Rocket Man" - MB

SHARE

Kejayaan demi kejayaan telah dilakarkan oleh warga Terengganu dalam bidang akademik, sukan dan sebagainya hingga ke peringkat antarabangsa.

Kejayaan `The Pocket Rocket Man', Azizulhani Awang yang merangkul  Pingat Emas di Piala Basikal Trek China 2018, dalam acara kegemarannya iaitu Keirin, baru-baru ini membanggakan seluruh kepimpinan dan rakyat Terengganu.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam laman Facebook `Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar' mengucapkan tahniah kepada anak Terengganu yang memahat nama di persada dunia itu.

"Kegigihan beliau yang konsisten berlatih dan terus mencipta kejayaan perlu dijadikan dorongan kepada anak muda lain.

"Teruskan "me-rocket" The Pocket Rocket Man!," ulas beliau lagi.

Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang menerima suntikan berharga menjelang Sukan Asia di Jakarta-Palembang, bulan depan selepas memenangi pingat emas kedua pada kejohanan Piala Trek China 2018 di Taiyuan, China pada Khamis lalu.


Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu, yang meraih pingat emas pertama dalam acara pecut pada Rabu, meneruskan kayuhan bertenaganya untuk memenangi emas kedua dalam acara keirin pada Khamis.

Mohd Azizulhasni mencatat masa 13.569 saat untuk menewaskan dua pelumba China, Xu Chao dan Wang Yibo, yang masing-masing memenangi perak dan gangsa selepas ketinggalan 0.568 dan 0.811 saat di belakang pelumba Malaysia itu.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: