Wednesday, 25 July 2018

Terengganu Belanja RM80 Juta Untuk kebajikan Rakyat

SHARE

Hanafiah ketika diwawancara wartawan UPDI, di pejabat beliau hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail


Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM80 juta bagi memperkasakan kebajikan rakyat melalui Portfolio Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri.

Pengerusinya,  Hanafiah Mat berkata, perbelanjaaan itu diagihkan kepada beberapa agensi iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) sebanyak RM56 juta, Tabung Darul Iman (TDI) (RM10 juta), RM8 juta bagi Yayasan Pembangunan Keluarga(YPK) dan bantuan-bantuan am lain sebanyak RM5 juta.

Menurutnya, sebanyak RM800,000 setiap bulan dibelanjakan untuk Tabung Darul Iman bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat di bawah beberapa kategori meliputi bantuan sara diri tahunan, bantuan peralatan perubatan, bantian implan, bantuan susu dan lampin pakai buang dan bantuan musibah bagi meringankan penderitaan rakyat yang memerlukan perhatian segera terutama mereka yang berdepan musibah dan penyakit kritikal.

“Pihak kami juga telah memperkasakan kebajikan dengan beberapa pindaan bagi menyenangkan pihak yang berurusan seperti  Tabung Darul Iman atau Tabung Kronik tidak lagi memerlukan tandatangan sokongan daripada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) untuk sebarang urusan permohonan bantuan daripada kerajaan negeri.

“Sebarang permohonan termasuk borang-borang yang berkaitan dengan permohonan yang dibuat hanya perlu diisi oleh pemohon tanpa tandatangan JKKK dan boleh dihantar terus kepada agensi berkaitan,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Sementara itu, untuk memperkasakan lagi portfolio beliau, Hanafiah berkata pihaknya juga bercadang untuk melantik pegawai dari kalangan bukan Melayu iaitu dari kaum Tionghua dan India bagi melancarkan lagi perjalanan pihak mereka dalam menjaga kebajikan rakyat yang terdiro daripada pelbagai bangsa di negeri ini.

“Setakat ini, kita suah ada calon nama untuk menjadi wakil kaum India iaitu Dr, Balachandran dan masih menunggu nama dari kaum Tionghua. Ini termasuklah melantik  seorang pegawai khas wanita supaya dapat melicinkan lagi peranan jawatankuasa ini,”ujarnya



SHARE

Author: verified_user

0 komen: