Monday, 30 July 2018

Rempit, Pendekatan Polis Kemaman Dipuji

SHARE

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan tahniah dan syabas kepada Polis Daerah Kemaman  menerusi pendekatan yang terbaru diambil oleh pasukan keselamatan berkenaan yang diketuai Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said Ibrahim dalam menangani dan membanteras gejala rempit.

"Pendekatan yang terbaru diambil oleh pihak polis bahagian ini dalam menangani dan membanteras gejala rempit ini adalah pendekatan yang sangat baik dan wajar dipuji," kata beliau dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook `Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar', hari ini.

Dalam operasi Ops Bersepadu Samseng Jalanan Daerah Kemaman yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik  pada 26 Julai yang lalu, seramai 79 orang mat motor yang ditahan dibawa untuk solat Subuh berjemaah, mengadakan bacaan Yasin dan juga sedikit peringatan dari imam yang bertugas.

"Dalam usaha mencegah budaya rempit ini, bukan aspek luaran sahaja perlu diambilkira tetapi pengisian rohani amat penting dalam mendidik anak muda kita yang terjebak dengan budaya yang tidak sihat ini. Syabas sekali lagi diucapkan,"ulas beliau lagi.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: