Tuesday, 31 July 2018

Patriotik Disemai, Pahlawan Dihargai

SHARE


Kemerdekaan dan keamanan negara yang kita kecapi pada hari ini merupakan hasil dari pengorbanan para perajurit dan anggota keselamatan yang menyekat segala ancaman dari dalam dan luar negara.

Mereka mempertahankan ibu pertiwi dengan darah dan nyawa menjadi taruhan, kata Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi laman Facebook yang dimuat naik beliau hari ini.

"Justeru, sempena Hari Pahlawan, saya mengajak seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia umumnya menyemai semangat patriotik dalam diri dan mempertahankan kedaulatan negara seperti semangat perwira.

Jadikanlah ia sebagai satu iltizam dalam diri untuk menghargai para pejuang negara.
Selamat Hari Pahlawan kepada semua perajurit dan anggota keselamatan serta keluarga mereka.

Tanpa kalian, rakyat Malaysia tidak dapat menikmati apa yang  dimiliki sekarang,"ulas beliau lagi.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: