Wednesday, 25 July 2018

J3K Diingatkan Tidak Khianati Amanah

SHARE

Kerajaan Pas yang meneruskan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) sebagai teras kepemimpinan di peringkat akar umbi mengingatkan mereka yang baharu menerima tanggungawab itu agar tidak mengkianati amanah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak menegaskan, gejala negatif yang boleh menjejaskan imej institusi berkenaan dan kerajaan mesti dihindarkan oleh J3K yang dibentuk semula agar dapat berperanan lebih berkesan bagi kepentingan rakyat.

Katanya, rakyat yang berhak mendapat pembelaan perlu diberikan hak mereka berdasarkan kemudahan yang disedia dan bakal disalurkan oleh kerajaan agar tiada siapa yang dipinggir atau dicicirkan.

“Jangan lakukan penyelewengan. Orang tidak layak, dilayakkan dan orang yang layak tidak dilayakkan. Jangan pilih kasih.. walaupun anak beranak, adik-beradik. Ini amanah dalam memikul tangungjawab besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Taklimat dan Penyampaian Watikah Pelantikan J3K Daerah Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim; Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil dan Ketua Penolong Pegawai Daerah, Zuwislan Awang.

Terdapat 106 J3K (15 ahli jawatankuasa setiap J3K) bagi daerah Kuala Nerus dan penyerahan watikah pelantikan yang berkuat kuasa bulan ini merupakan yang kedua dilakukan di bawah pentadbiran kerajaan Pas.

Sehubungan itu juga katanya, setiap J3K diminta mengenal pasti keadaan sebenar terutama status ekonomi atau pendapatan setiap keluarga dalam lingkaran kawasan mereka bagi memudahkan penyaluran bantuan atau perkhidmatan kepada golongan sasar termasuk yang dirancang melalui manifesto Pas negeri.

Katanya, jawatankuasa khas peringkat negeri telah dibentuk untuk mengkaji pelaksanan setiap manifesto yang akan tetap dijayakan secara berperingkat bagi memenuhi janji.-Utusan Online
SHARE

Author: verified_user

0 komen: