Tuesday, 31 July 2018

APMM Tahan Bot Nelayan Vietnam Di Perairan Terengganu

SHARE


Muhammad Suffi

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan dua bot nelayan Vietnam kerana menangkap ikan di perairan negara, semalam.

Kedua-dua bot nelayan asing tersebut ditahan kapal penguatkuasa maritim, KM Seguntang pada masing-masing pada kedudukan 125.8 batu nautika dan 58.0 batu nautika dari muara Kuala Terengganu antara jam 6.30 pagi dan 6.30 petang.

Pemeriksaan mendapati kedua-dua bot terbabit tidak memiliki permit menangkap ikan yang sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan 34 nelayan warga Vietnam berusia dalam lingkungan 15 hingga 51 tahun terbabit juga tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Pemangku Pengarah Maritim Terengganu, Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, 12 tan ikan pelbagai jenis dan sotong, 12,000 liter minyak diesel serta peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai RM3 juta berjaya dirampas berikutan penahanan kedua-dua bot nelayan tersebut.

“Siasatan awal juga mendapati bot nelayan Vietnam pertama yang ditahan pada kedudukan 125.8 batu nautika juga menyamar sebagai nelayan tempatan dengan mengemukakan permit Jabatan Perikanan disyaki palsu bagi cuba mengaburi mata pihal berkuasa.

“Bot yang dinaiki 18 nelayan Vietnam termasuk seorang awak-awal itu juga cuba melarikan  diri sebaik menyedari kehadiran KM Seguntang sebelum berjaya dipintas kira-kira dua jam kemudian.

"Bot kedua pula ditemui KM Seguntang sedang memukat ikan disyaki secara haram pada kedudukan 58.9 batu nautika sewaktu dalam perjalanan pulang ke jeti Pejabat APMM Kuala Terengganu,  semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 14 (3) (b) akta sama serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1963," katanya pada sidang akhbar di Pejabat APMM Terengganu, semalam.

Muhammad Suffian berkata, APMM menahan 32 bot nelayan Vietnam di perairan negara melibatkan rampasan RM45 juta sejak awal tahun ini.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: