Tuesday, 1 May 2018

PRU14: Usah Percaya Janji Manis Pembangkang

SHARE
Bazlan bermesra dengan penduduk kampung Batu Rakit. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail


Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis pembangkang yang dinyatakan melalui manifesto.

Calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman,  berkata hampir 90 peratus apa yang dijanjikan Pas dalam manifesto parti itu telah dilaksanakan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Sebagai contoh penawaran tanah lot kediaman, perkahwinan perdana secara percuma  dan 20 meter padu bekalan air percuma kepada rakyat, perkara ini sudah lama dinikmati rakyat.

"Selain pelbagai kemudahan, bantuan, pendidikan, kabajikan, sudah dirasai rakyat,"katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Peti Sejuk Beku Kepada 15 pengusaha makanan di DUN Batu Rakit, di Dewan Seba Guna Batu Rakit, petang semalam.

Menurutnya, melihat perkara itu, tidak wajar rakyat menolak Kerajaan BN yang sudah lama menabur bakti dengan membawa pelbagai pembangunan dan perubahan berbanding pembangkang yang hanya menabur janji tanpa berbuat apa-apa.

"Janji- janji manis pembangkang turut dijaja melalui  ceramah dah ziarah penduduk dalam tempoh 11 hari berkempen.Tidak wajar rakyat mempercayainya sedangkan kerajaan sudah lama melaksanakannya," katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: