Wednesday, 2 May 2018

PRU14 : 'Sapa Bila Nok Lok Wakaf Pelam Mundur..' - Salleh

SHARE
Salleh
Sapa bila nok lok (membiarkan) ke (kepada) pembangkang dan biarkan DUN Wakaf Mempelam mundur? Ketika kawasan lain maju..Kita (Wakaf Mempelam) juga satu-satunya kawasan pinggir bandar yang ketinggalan sokmo, kata Pegawai Penyelaras DUN (PPD), Salleh Othman.

Calon BN DUN Wakaf Mempelam itu berkata, kali inilah peluang terbaik untuk warga tempatan membuat pilihan tepat dan memberi mandat kepada BN supaya pembangunan bergerak seiring di seluruh DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, berbanding DUN lain, Wakaf Mempelam adalah yang terkebelakang dari pelbagai aspek sama ada pembangunan fizikal dan juga modal insan berikutan sudah 36 tahun dikuasai Pas.

"Saya memberi cabaran kepada pengundi di DUN ini supaya lebih bijak memilih dan tidak terus menggadaikan kawasan kita kepada pembangkang yang jelas gagal membawa apa-apa perubahan serta kemajuan untuk rakyat.

"Selama bergelap ini, Kerajaan BN juga yang menyediakan segala kemudahan dan menjaga kebajikan warga tempatan tanpa ada yang tercicir daripada mendapat dana, subsidi serta pelbagai bantuan," katanya kepada Teganukita, baru-baru ini.

Salleh berkata, sebagai anak tempatan dan sudah mengetahui segala selok belok kawasan Wakaf Mempelam, beliau yakin mampu membawa pembaharuan dan nafas baharu demi kesejahteraan dan manfaat warganya jika dipilih majoriti pengundi pada pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Tambahnya, jika sebelum ini ramai melihat kerusi kebal Pas ini sukar digugat, namun pada PRU14 ini dilihat berlaku gelombang kebangkitan apabila semua cawangan dapat mengibarkan bendera BN dan membina markas termasuk di kampung yang dikatakan kubu kuat Pas sendiri.

"Saya melihat satu gelombang biru yang luar biasa dengan kekuatan jentera terdiri daripada akar umbi dan sayap parti yang saling muafakat dan bersatu untuk mengerah tenaga bagi mengembalikan Wakaf Mempelam kepada BN.

"Suatu sejarah apabila sebaik sahaja kompang PRU dipalu, semua kawasan bangkit menaikkan bendera. Jika ada kawasan `hitam' sebelum ini sukar untuk kita letak bendera BN, kali ini tiada masalah. Itu petanda BN sudah kian diterima pengundi DUN ini,"katanya lagi.

Menurut Salleh lagi, sepanjang empat tahun dilantik sebagai PPD beliau berusaha memberi nafas baharu dan memulihkan segala kelemahan serta menambah baik peranan jentera parti mahupun kerajaan sehingga ke akat umbi supaya sentuhan lebih menyeluruh kepada rakyat.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: