Thursday, 3 May 2018

PRU14 : Pembangkang Terdesak Tabur Fitnah

SHARE



Oleh :Ezzuan Ahmad

Pembangkang sekali lagi dilihat terdesak apabila meraih simpati pengundi dengan membuat serangan peribadi terhadap calon kerusi N28, Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman.

Dalam fitnahnya yang terbaru menyatakan sekiranya BN  memenangi kerusi itu pada pilihan raya kali ini, Tengku Hamzah dikatakan hanya akan menjaga kebajikan masyarakat Felda dan bukan masyakarat di sekitarnya.

Tengku Hamzah ketika ditemui berkata, fitnah yang ditaburkan itu menunjukkan seolah-olah pembangkang sudah terdesak dan ketandusan idea untuk meraih sokongan rakyat.

Menurutnya, sepanjang menjadi Pegawai Penyelaras DUN Paka, beliau tidak pernah bersikap 'pilih bulu' dalam memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada penduduk setempat.

"Meskipun saya berasal dari kalangan peneroka Felda, saya tidak pernah meminggirkan masyarakat lain dalam menghulurkan bantuan dan khidmat selama ini.

"Saya diberi amanah untuk menjaga kebajikan penduduk di  Paka dan saya jalankan amanah tersebut sebaik mungkin," katanya.

Menurut Tengku Hamzah, sekiranya diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat, pembelaan dan kebajikan untuk warga Paka akan diteruskan selain menambah baik pembangunan dan projek untuk kesejahteraan rakyat.

Beliau juga tidak menolak bahawa pembangkang memang dikenali sebagai parti yang sering menaburkan fitnah dan akan berbuat apa sahaja untuk menarik simpati rakyat.

 "Mereka (pembangkang) sendiri telah melihat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan namun masih lagi menabur fitnah untuk memburukkan kerajaan, seakan tiada kebaikan dan itu memang tugas mereka.

"Fitnah dan pembangkang sudah sinonim dengan mereka.. mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggunakan cara tersebut," katanya.

Baginya, meskipun banyak fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap calon BN, rakyat sudah faham dan masak dengan permainan pembangkang sejak dari dulu lagi.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: