Segala
manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijanjikan pembangkang dilihat
tidak lebih daripada mainan persepsi dan langkah terdesak untuk menarik
sokongan rakyat.
Calon
Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Nerus, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
berkata, apa yang dijanjikan pembangkang itu belum tentu mampu direalisasikan.
“Apa yang
saya nampak ialah memang persepsi adalah sesuatu yang dimainkan oleh mereka
yang sebenarnya tidak ada kekuatan.
“Mereka cuba
mempengaruhi pengundi-pengundi dengan membuat keputusan berdasarkan emosi,”
ujarnya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita pada Program Jualan Sentuhan Rakyat yang
turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Dataran
Permata, Seberang Takir, hari ini.
Katanya,
namun sebaliknya apa yang dijanjikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih realistik
dan sudah terbukti hasilnya.
“Apa yang
kami (BN) lakukan adalah menyatakan tentang apa yang kami hendak buat maknanya
manifesto-manifesto yang kami ketengahkan dan tunjukkan telah terbukti.
“Daripada
sejarah yang lepas semua manifesto yang hendak dilakukan berjaya kami
laksanakan.
“Sebab selepas
ini apabila kita memerintah kita tidak boleh memerintah berdasarkan persepsi
tetapi kita memerintah berdasarkan apa yang kita hendak buat,” ujarnya.
Malah
katanya, sejak dari awal sehingga ke saat akhir tempoh berkempen, kerajaan BN menggunakan
pendekatan berhemah.
Menurutnya lagi, terserah
kepada pengundi membuat pilihan kerana mereka dapat menilai kesantunan kerana
budi baik itu adalah lebih penting untuk menonjolkan seseorang calon yang boleh diangkat sebagai pemimpin masyarakat.
0 komen: