Thursday, 3 May 2018

PRU14: Kak Jat Minta Pilih Calon Serikandi

SHARE
Shahrizat berucap ditemani calon DUN Bukit Payung, Zaitun dan calon Parlimen Marang, Mohamad Nor.


Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyeru semua wanita di Marang supaya menyokong calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin untuk dpilih sebagai wakil rakyat dalam kepimpinan Negeri Terengganu.

Kata beliau, bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Terengganu mencatatkan sejarah apabila menyenaraikan dua calon wanita bertanding di DUN Sura (Datuk Zainun Abu Bakar) dan Bukit Payung.

"Wanita perlu ingat, di bahu kita terletak tanggungjawab untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Bukit Payung," 

"Ceritakan kebaikan dan kemajuan yang dibawa kerajaan hari ini kerana kita ada bukti BN telah memerintah negara dengan baik," katanya ketika melawat Parlimen Marang dalam program Jelajah Hebatkan BN PRU14, di Dewan Sivik Bukit Payong, Marang, hari ini.

Shahrizat turut mengingatkan supaya jentera Jalinan Rakyat (Wanita) berkempen penuh adab dan nilai yang melambangkan pekerti wanita Pantai Timur.

Turut hadir, calon Parlimen Marang, Mohamad Nor Endut dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat.

Shahrizat berkata, Terengganu mencatatkan pembangunan yang amat baik selepas 2004 sekali gus mencipta masa hadapan yang lebih baik untuk anak-anak bangsa dan generasi akan datang.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: