Wednesday, 9 May 2018

PRU14: Bazlan Selesai Buang Undi Jam 10.15 Pagi

SHARE
Bazlan bersama isteri buang undi jam 10.15 pagi
Calon Barisan Nasional, Bazlan Abd Rahman bersama isteri, Siti Zaimah Mahmud hadir membuang undi di Sekolah Kebangsaan Batu Rakit kira- kira jam 10.15 pagi ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit kini merekodkan 21,881 bilangan pengundi berbanding 14,306 pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13).


Batu Rakit menerima tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang baru dengan tambahan sehingga 7,575 pengundi.

Bazlan, 54, memberikan khidmat cemerlang sejak memenangi kerusi DUN Batu Rakit pada PRU13.

Bukan mudah untuk bertahan, namun itulah tanggungjawab yang wajib digalas bagi menegakkan kesinambungan perjuangan hampir lima tahun lalu supaya apa yang dirancang serta pembangunan yang berjalan tidak sia-sia.

Anak tunggal daripada keluarga nelayan yang dilahirkan di Kampung Pengkalan Atap, Setiu itu merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiu dan juga bekas Setiausaha serta Jawatankuasa Bahagian Setiu serta mengetuai Umno di Batu Rakit.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: