Wednesday, 9 May 2018

PRU14: Ajal Di Pusat Mengundi

SHARE

Proses mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai gempar apabila seorang wanita yang sedang menunggu giliran untuk membuang undi tiba - tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia. 

Dalam kejadian pukul 9.05 minit pagi itu, Rokiah Sulong,54, berasal dari Kampung Pelandang, Pulau Serai disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan yang tiba selepas menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut. 

Ketua Polis Derah Dungun, Supritenden Baharudin Abdullah ketika ditemui mengesahkan mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut. 

Menurut beliau, ketika kejadian mangsa sedang beratur untuk menunggu giliran untuk mengundi. 

"Mangsa yang sedang beratur dikatakan secara tiba - tiba pengsan sebelum rebah diatas lantai.

"Mangsa dikatakan menghidap penyakit darah tinggi dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Dungun akibat penyakitnya itu " katanya. 

Menurut beliau, sepasukan anggota pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Pulau Serai yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. 



Sementara itu anaknya, Nur Zita Md Nur, 36 berkata, dia dan emaknya keluar dari rumah kira-kira jam 8.00 pagi untuk mengundi. 

 "Ketika keluar dari rumah emek seperti biasa dan tiada tanda-tanda sakit atau tidak sihat dan dia kelihatan gembira untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara. 

Kata Nur Zita, dia dan keluarga masih terkejut dengan kejadian itu tetapi menerima ketentuan Ilahi dengan reda. 

"Ketika itu emak sudah pengsan dan saya melihat dua hingga tiga kali dia menarik nafas panjang sebelum disahkan sudah tiada. 

 "Emak tidak sempat membuang undi tetapi saya tetap meneruskan tanggungjawab walaupun amat sedih dan terkejut," katannya. 

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pengurusan pengebumian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
SHARE

Penulis: verified_user

TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB HAMBANYA KECUALI HAMBANYA BERUSAHA UNTUK MENGUBAH DIRINYA SENDIRI

0 komen: