Wednesday, 9 May 2018

PRU14: Ahmad Razif Puas Hati Proses Pengundian Lancar

SHARE

Ahmad Razif dan isteri menunjukkan jari telunjuk yang dicalit dakwat kekal sebagai tanda selesai mengundi. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berpuas hati dengan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berjalan lancar hari ini dengan sebahagian besar pengundi keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka.

Katanya, setakat ini proses pengundian berjalan lancar dengan para pengundi dilihat keluar secara berperingkat-peringkat. 


“Cuaca pada hari ini juga tiada masalah. Mengikut ramalan cuaca di Terengganu tidak berlaku hujan dan dijangka baik sehingga ke petang.

“Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, saya amat berpuas hati kerana tidak ada sebarang isu, kekecohan serta provokasi yang berlaku,” ujarnya kepada pemberita selepas selesai melakukan pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, kira-kira 9.15 pagi tadi.


Katanya, beliau yakin proses pengundian pada hari ini dapat berjalan lancar dan dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Ahmad Razif yang juga calon DUN Seberang Takir hadir ditemani isteri beliau, To’ Puan Seri Halina Zakaria turut meluangkan masa selama satu jam bermesra dengan pengundi di pusat mengundi berkenaan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: