Sunday, 6 May 2018

PRU14 : 7,129 PGA, Askar Undi Awal Di Kuala Nerus

SHARE
Oleh : Muhammad Nur Adha


Seramai 7,129 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Kubang Badak dan Angkatan Tentera Malaysia Kem Seri Pantai, 18 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) (Para) di Terengganu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), semalam.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sempat meninjau ke pusat pengundian awal di kedua-kedua kem berkenaan. hadir sama Calon Barisan nasional (BN) P035 Parlimen Kuala Nerus, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.


Ketika ditemui media Ahmad Razif berkata, beliau yakin dan percaya anggota polis dan tentera serta pasangan akan memilih calon BN, DUN Seberang Takir dan Parlimen Kuala Nerus.
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini, amat mengambi berat kepada keluarga tentera dan polis yang tinggal di kedua dua kem dalam DUN Seberang Takir, Parlimen Kuala Nerus.

Segala keperluan dan kemudahan pun telah kerajaan sediakan, malah pelbagai bantuan juga diberikan sebelum ini.Saya juga mengucap terima kasih kepada para petugas pengundian awal, menjadikan ia berjalan lancar" katanya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: