Thursday, 31 May 2018

Khairunisa Mahu Wujud Bengkel Jahitan Muslimat Di Setiap DUN

SHARE


Persatuan Pertubuhan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (Khairunisa’) berhasrat memperbanyakkan Bengkel Jahitan Muslimat  ke seluruh Dewan Undangan Negeri DUN) bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan wanita di Terengganu.

Pengerusi Khairunisa, Tuan Faizah Abd Rahman  berkata bengkel seumpama itu telah lama diwujudkan bagaimanapun hanya melibatkan kelompok kecil atau wujudnya hanya di kawasan pedalaman.

Katanya,   menyedari perkara itu pihaknya berhasrat  memperluaskan  aktiviti sama kepada masyarakat di setiap DUN, supaya dapat menambah pendapatan sampingan keluarga.

“Ramai di kalangan mulimat hari ini, termasuk yang bergelar ibu tunggal memiliki kepandaian menjahit, cuma tiada peluang untuk pergi lebih jauh termasuk menjadi usahawan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Tuan Faizah berkata hasil jahitan setiap peserta seperti telekung, jubah dan baju kurung akan dikumpul di Pusat Pengumpulan Produk sebelum  dipasarkan ke serata negeri oleh Pegawai Pemasaran berpengalaman yang bakal dilantik.

“Pegawai pemasaran berperanan mencari rakan niaga, termasuk pemborong pakaian, pengusaha butik dan  juga  bertindak menjalankan  perniagaan lalui laman sosial,”katanya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: