Thursday, 26 April 2018

RM331 Ribu Dana PROM Paka

SHARE


Oleh:Ezzuan Ahmad

Seramai 1,656 wakil penerima dana bantuan Perantau Orang Muda ( PROM ), kerajaan negeri  menerima bantuan dana tersebut hari ini.

 Majlis pemberian dana tersebut diadakan di Dewan Sivik Paka melibatkan penerima dari 24 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Mukim Paka dan Rasau Kerteh.

Majlis tersebut dirasmikan oleh calon BN Paka (N28),  Tengku Hamzah Tengku Deraman.

Beliau yang juga Pegawai Penyelaras UMNO DUN Paka berkata, pemberian wang bantuan sebanyak RM200 bagi setiap penerima melibatkan peruntukan sebanyak RM331,000.

"Pada kali ini wakil penerima akan dipermudahkan urusannya di mana kelulusan untuk mewakili anak mereka akan dipercepatkan berbanding sebelum ini "

"Kita tidak mahu mereka ( Ibu bapa ) merasa terbeban untuk menguruskan surat pelepasan mengikut syarat dan prosedur sepertimana sebelum ini, " katanya ketika ditemui pada majlis tersebut, hari ini.

Wakil penerima yang ditemui bersyukur dengan pemberian dana kepada anak mereka dan berharap bantuan yang sedemikian dapat diteruskan lagi untuk masa yang akan datang.


Bagi Hasmah Hanafi , 65, pemberian sebegini patut diteruskan bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.

"Alhamdulillah dengan pemberian bantuan ini dapatlah mengurangkan beban yang ditanggung ketika rakyat terpaksa menghadapi kenaikan kos sara hidup, moga ianya dapat diteruskan " katanya.


Sementara Aizah Husin, 51, berkata, rakyat seharusnya mengekalkan kerajaan yang sedia ada kerana sudah banyak bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan dalam membela rakyat.

"Kita patut bersyukur dengan apa yang telah kita terima.Sudah banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan dari dahulu sehingga sekarang dan kita sendiri nampak kemajuan yang diperolehi," katanya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: