Saturday, 28 April 2018

PRU14 : Wanita UMNO Dungun Nekad Serang Habisan

SHARE


Oleh : Ezzuan Ahmad

Pergerakan Wanita UMNO Dungun akan melancarkan perang habis-habisan ke setiap pelusuk Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi bertemu pengundi sepanjang tempoh berkempen.

Ketuanya, Datuk Zainun Abu Bakar berkata , pihaknya sudah merangka strategi bagi bertemu rakyat untuk memberikan informasi yang tepat mengenai kerajaan.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) Sura berkata, rakyat khususnya di kawasan pedalaman mudah dipengaruhi oleh dakyah sonsang yang dimainkan oleh pembangkang dalam meraih undi pada kali ini.

"Pembangkang sering memainkan isu lapuk bagi mempengaruhi pengundi untuk membenci kerajaan dan ini yang akan kita tangkis dengan turun sendiri bagi memberi penerangan," katanya.


Tambah beliau, pada masa kini rakyat sudah mula sedar akan pembangunan yang telah dilakukan kerajaan dan tindakan pembangkang itu diibaratkan sesuatu tindakan yang terdesak.

Menurut Zainun, pengundi atas pagar juga sudah mula sedar dan menunjukkan sokongan kepada BN kerana mereka sudah sedar apa yang mereka perolehi selama ini adalah hasil usaha UMNO dan juga Kerajaan BN.

Katanya, program pemutihan yang dilakukan berjumpa dengan pengundi tegar yang menyokong pembangkang juga sudah mula membuahkan hasil dan ada sebahagian daripada mereka sudah mula menunjukkan kesanggupan untuk mengundi BN.

"Mereka sedar kita (BN) yang banyak membantu mereka dengan pelbagai jenis bantuan dan kita tidak memilih bulu dalam memberikan bantuan. Mereka sudah mula sedar siapa yang membantu mereka selama ini.

"Pembangkang hanya pandai menabur janj kosong sahaja dan bila tiba saat untuk dibantu, kami (BN) juga yang turun memberikan bantuan tapi bukan mereka (pembangkang)," katanya.

Menurutnya, pelbagai program yang telah dirangka dalam membantu calon BN yang bertanding untuk memastikan kemenangan parti itu di semua kawasan yang ditanding kali ini.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: