Wednesday, 25 April 2018

PRU14: UniSZA Beri Pelepasan Cuti Khas Dua Hari

SHARE


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memberi pelepasan khas kepada pelajar selama dua hari pada 8 dan 10 Mei sempena Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14).

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi A. Latif, berkata cuti selama dua hari itu memudahkan pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi di tempat masing-masing pada 9 Mei nanti.

“Walaupun kita beri cuti dua hari kepada mereka iaitu sebelum dan selepas hari mengundi, tetapi kelas yang tertangguh mestilah digantikan sebaik sahaja mereka pulang ke kampus.

“Mana-mana kelas dan aktiviti yang terlibat pada dua tarikh itu perlu diganti semula mengikut kesesuaian jadual pengajaran”, katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Ahmad Zubaidi, berdasarkan rekod, seramai 4,112 pelajar di universiti itu  telah mendaftar sebagai sebagai pemilih dan layak mengundi pada 9 Mei ini.

“Langkah pengurusan UniSZA itu  sebagai meraikan demokrasi di negara untuk memilih pemimpin.

“Oleh itu, pihak kami menyarankan pelajar yang diberi peluang untuk pulang mengundi perlu menunaikan tanggunjawab masing-masing,”katanya

SHARE

Author: verified_user

0 komen: