Sunday, 29 April 2018

PRU14: Kerja Keras Menangkan Parti - Mohd Jidin

SHARE

 
Mohd Jidin bersama empat calon BN di Parlimen Setiu


Semua jentera parti di peringkat akar umbi diminta bekerja keras untuk memenangkan calon Barisan Nasional (BN) yang terpilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee berkata, semangat dan komitmen semua pihak terutama jentera parti dapat memastikan parti BN terus mendapat tempat di hati rakyat dan mengembalikan kekuatan BN di Parlimen Setiu dan juga negeri ini.
"Kita mesti teruskan perjuangan tanpa meminggirkan nilai persahabatan ini demi mengekalkan keadilan dan kesejahteraan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Hari Penamaan Calon di Pejabat Daerah Setiu, Bandar Permaisuri, semalam.

Mohd Jidin turut berterima kasih kepada kira 4,000 penyokong yang setia mengiringi  kelima-lima calon BN dan memastikan kesemuanya berjalan lancar dan harmoni.


"Saya rasa gembira kerana di kalangan penyokong luar juga begitu baik dan inilah yang kita harapkan demokrasi sebenarnya berjalan lancar, muhibbah dan semangat persaudaraan sebagai satu keutamaan yang telah berjaya dibuktikan pada hari ini," katanya
SHARE

Author: verified_user

0 komen: