Sunday, 29 April 2018

PRU14 : Isu Perumahan Jadi Keutamaan Di Rantau Abang

SHARE

Isu perumahan kepada golongan kurang berkemampuan akan menjadi agenda utama BN


Oleh: Ezzuan Ahmad

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, Wan Zaulkifli Wan Gati, akan memberikan tumpuan bagi memenuhi kehendak rakyat untuk memiliki kediaman sendiri sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat nanti.

Menurut Wan Zaulkifli, isu memiliki rumah kediaman sendiri adalah menjadi masalah utama bagi penduduk berpendapatan rendah dan golongan pertengahan.


"Isu ini memang sudah menjadi satu perkara yang sudah lama disuarakan oleh rakyat di mana dengan harga rumah yang meningkat dan syarat ketat dari bank menyukarkan mereka untuk memiliki rumah sendiri.

"Walaupun banyak projek perumahan sudah dilakukan oleh kerajaan namun isu sebegini masih lagi menjadi isu yang utama pada masa sekarang," katanya.

Menurutnya, kerajaan sudah banyak membantu rakyat dalam menangani isu ini dengan menyediakan Perumahan Mampu Milik (RMM), Projek Perumahan 1Malaysia (PRIMA) dan banyak lagi.

Tambah beliau, kerajaan tetap akan terus berusaha membantu rakyat dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi .

"Kerajaan sekarang sudah terbukti sebagai sebuah kerajaa  n yang prihatin dan ianya dapat dilihat dalam menifesto BN yang sudah dilaksanakan sebelum ini," katanya.

Apabila ditanya peluang untuk memenangi kerusi DUN itu, beliau berkata BN mempunyai peluang untuk merampas kerusi yang dipegang oleh Pas sebelum ini.

Keyakinan itu menurut beliau bersandarkan kepada maklumbalas penduduk yang mahukan perubahan dan kemajuan di kawasan mereka.

"Pas tidak melakukan apa-apa pembangunan di kawasan ini dan semua pembangunan yang ada sekarang ialah hasil usaha BN yang membantu rakyat meskipun di kawasan pembangkang," katanya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: