Saturday, 28 April 2018

PRU14 : Gelombang Kebangkitan Iringi Calon BN

SHARE


Oleh : Ezzuan Ahmad

Proses  penamaan calon bagi P039, Parlimen Dungun berjalan lancar tanpa melibatkan sebarang provokasi dari setiap penyokong parti bertanding.

Kesemua penyokong parti mula berarak menuju ke Pejabat Daerah Dungun sekitar jam 8.00 bagi mengiringi calon mereka untuk menyerahkan borang pendaftaran calon.

Kerusi Parlimen Dungun turut melibatkan pertandingan tiga penjuru antara Parti Barisan Nasional (BN), Pas dan PKR .

Calon BN kerusi parlimen, Dato Din Adam, Tengku Hamzah Tengku Deraman (DUN Paka) , Roslee Daud (Bukit Besi), Datuk Zainun Abu Bakar (Sura) dan Wan Zaulkfli Wan Gati (Rantau Abang).

Calon Pas bagi kerusi parlimen,  Wan Hassan Wan Mohd Ramli , Ghazali Sulaiman (Bukit Besi), Alias Harun (Rantau Abang), Wan Hapandi Wan Nik (Sura) dan Satiful Bahari Mamat (Paka).

Calon PKR bagi kerusi parlimen, Abdul Rahman Yusof , Mohammad Padeli Jusoh (Rantau Abang), Mohamad Arif Arifin (Bukit Besi ) , Zulkifli Ali ( Sura ) dan Hasbie Muda ( Paka ).

Seramai 4,000 orang penyokong parti Barisan Nasional (BN) berarak mengiringi calon BN untuk proses penyerahan borang pendaftaran calon di Pejabat Daerah Dungun.

Semetara itu, Din berkata semangat yang ditunjukkan oleh penyokong BN dari setiap akar umbi yang turun bagi mengiringi calon menunjukkan gelombang kebangkitan BN di Daerah Dungun dapat dilihat pada pagi ini.

"Saya terharu dengan semua yang turun bagi memberikan sokongan moral kepada kami ( BN) dan ini menunjukkan kesemua mereka setia bersama parti dan akan berjuang untuk kemenangan kali ini"

"Melihat kepada pembangkang yang suram pada pagi ini menunjukkan seolah-olah berlaku satu konflik dalaman dalam parti tersebut dan ini menambahkan keyakinan kami (BN) untuk menang pada kali ini," katanya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: