Sunday, 29 April 2018

PRU14 : Calon Parlimen Dungun Temui Mangsa Kebakaran

SHARE
 Din Adam ketika bertemu mangsa kebakaran dalam lawatannya hari ini

Oleh : Ezzuan Ahmad

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, Dato' Din Adam hari ini menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sura Jeti, Kuala Dungun selepas kediamannya musnah dalam kejadian semalam.

Beliau turun melihat sendiri kesan kemusnahan dan berkongsi kedukaan mangsa kebakaran, Sahuri Johari, 36, yang tinggal sehelai sepinggang akibat kejadian itu.

Katanya, bantuan yang diberikan berupa sumbangan makanan, keperluan asas dan pakaian kepada keluarga terbabit bagi mengurangkan kesusahan yang sedang mangsa hadapi.

"Kita bersimpati di atas musibah yang melanda keluarga terbabit dan ini menjadi tanggungjawab kita (BN) untuk membantu rakyat yang memerlukan.

"Kita juga akan memikirkan bantuan lain yang dirasakan perlu untuk meringankan beban mereka " katanya kepada Teganukita.

Menurut Din, bantuan itu merupakan tanggungjawab BN dalam memastikan tiada rakyat yang hidup dalam kesusahan meskipun berada di kawasan pembangkang.

"Ini merupakan tanggungjawab kami (BN) dalam memastikan tiada rakyat yang terlepas diberikan bantuan sekiranya memerlukan," katanya.

 Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, keluarga terbabit tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman yang didiami mereka musnah keseluruhan akibat kejadian tersebut.

 Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan keluarga terbabit kini menumpang sementara di kediaman saudara maranya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: