Saturday, 28 April 2018

PRU14: Calon Di Parlimen Setiu Layak Bertanding

SHARE
Ribuan penyokong BN membanjiri pekarangan Pusat Penamaan Calon Setiu

Penamaan calon bagi Parlimen Setiu (P034) berjalan lancar apabila semua calon yang akan bertanding menyerahkan borang di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah Setiu bermula jam 9.00 pagi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Setiu, Rosdi Awang  mengumumkan kesemua calon layak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi (N05), Permaisuri (N06), Langkap (N07) dan Batu Rakit (N08) kira-kira jam 11.45 pagi.



Parlimen Setiu dan empat DUN menyaksikan perlawanan tiga penjuru antara Barisan Nasional, Pas dan PKR.

Bagi calon BN Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee, menyerahkan borang pencalonan jam 9.03 pagi.

Manakala calon PKR, Datuk Dr. Mohd Faudzi Musa selesai jam 9.14 pagi, Shaharizukirnain Abd. Kadir pula selesai menyerahkan borang pencalonan jam 9.30 pagi.


Calon BN DUN Jabi pula, Mohd. Iskandar Jaafar selesai menyerahkan borang percalonan tepat jam 9.04 pagi, diikut calon Pas, Dr. Azman Ibrahim pada jam 9.40 pagi manakala calon PKR, Abd. Aziz Abas jam 9.16 pagi

Sementara calon BN DUN Permaisuri, Dato' Abd. Halim Jusoh menyerahkan borang pada jam 9.05 pagi, calon PKR Wan Mokhtar Wan Ibrahim (PKR) dan Zul Bhari A. Rahman dari Pas masing-masing jam 9.16 dan 9.30.


Bagi calon BN DUN Langkap, Dato’ Sabri MohdNoor, menyerahkan borang pencalonan seawal jam 9.03 pagi manakala Azmi Maarof dari Pas pada jam 9.23 pagi serta diikuti calon PKR, Mustaffa Abdullah pada jam 9.12 pagi.

Calon BN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman (9.03 pagi) pula akan ditentang calon Pas, Mohd. Shafizi Ismail (9.25 pagi) dan PKR, Amir Long jam 9.15 pagi.

Sebelum kira-kira 4,000 penyokong calon BN hadir seawal jam 7.30 pagi untuk memberi sokongan kepada calon mereka.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: