Monday, 30 April 2018

PRU14: BN Pastikan Pengundi ‘Putih’ Keluar Mengundi -Basir

SHARE


Semua jentera parti terutama Jalinan Rakyat (JR) perlu memastikan semua pengundi 'putih' menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kekal mentadbir negeri ini.
Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, Dato’ Basir Ismail berkata, JR  yang sudah mengenali sikap setiap pengundi perlu memainkan peranan sebaik yang mungkin supaya pengundi tidak mensia-siakan waktu bagi menunaikan hak mereka menjelangnya 9 Mei ini.

"JR sudah mengenal pasti siapa pengundi berdaftar di kawasan masing-masing, di mana mereka mengundi serta kecenderungan politiknya.
"Peranan JR adalah untuk menjaga pengundi di kawasan masing-masing. Apabila seseorang itu sudah dikenal pasti sebagai pengundi 'putih' (mengundi BN), maka JR harus sentiasa berhubung rapat dengannya dan memastikan individu itu pergi mengundi pada pilihan raya ini. Setiap undian amat bermakna," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Teganukita ketika berkunjung ke Pusat Media PRU14 di Hotel Permai, hari ini.
Basir yang juga Pegawai Penyelaras Parlimen Kuala Nerus berkata, pada PRU12 contohnya, seramai 801 pengundi yang layak mengundi dan cenderung mengundi BN di DUN Tepoh tidak keluar mengundi menyebabkan BN kehilangan separuh daripada jumlah kerusi berkenaan.
“Hasil analisis saya, semasa pilihan raya 2008 dulu, daripada jumlah itu (801) terdapat ahli UMNO sendiri yang tidak keluar mengundi dan ianya antara penyebab kita kalah waktu itu.
"Mengambil iktibar ini, pada PRU14 ini saya akan memastikan JR di DUN Tepoh khususnya memainkan peranan mengenalpasti dan mengajak pengundi ‘putih’ keluar mengundi,” ujarnya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: