Saturday, 28 April 2018

PRU14 : 5,000 Berarak Zahir Sokongan Untuk Calon BN Kemaman

SHARE

Lebih 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN) berkumpul di perkarangan Bangunan UMNO Bahagian Kemaman di Bandar Cukai sebelum berarak bersama calon menuju ke pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

Calon Pas pula diiringi hampir 4,000 penyokong  bergerak dari Persimpangan Mak Cili, manakala calon PKR bersama kira-kira 300 penyokong turut berarak dari kawasan berhampiran Masjid Sultan Ahmad melalui Jalan Sentosa menghala ke MPK.


Kesemua penyokong terbabit bergerak mengikut laluan berbeza bermula jam 8 pagi dan tiba di perkarangan bangunan MPK di Jalan Air Putih,  kira-kira jam 9 pagi.

Semua 15 calon yang bertanding mula memasuki Dewan Berlian MPK untuk memulakan proses penyerahan borang pencalonan dan penamaan calon.

Lima calon BN terdiri daripada Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek (Parlimen Kemaman), Dato’ Seri Ahmad Said (DUN Kijal), Dato’  Mohamad Awang Tera (Chukai), Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Air Putih) dan Ir. Rosli Othman  (Kemasek).

Calon Pas pula terdiri daripada Che Alias Hamid (Parlimen Kemaman), Ir. Saiful Azmi Suhaili (Kemasek), Hazri Jusoh (Kijal), Hanafiah Mat (Chukai) dan Ab. Razak Ibrahim (Air Putih)

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, Dato’ Wan Marzuki Wan Sembok (Kijal), Ir. Rizan Ali  (Kemasek), Husain Safri Muhammad (Chukai), Mohd. Zukri Aksah (Air Putih) dan Mohd Huzaifah Md. Suhaimi (Parlimen Kemaman).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kemaman, Zahari Mohd Azahar membuat pengumuman secara rasmi kesemua calon PRU14 yang mewakili parti masing-masing di parlimen itu layak bertanding tanpa sebarang bantahan.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: