Wednesday, 25 April 2018

PRU14 : 1,500 Petugas SPR Lancarkan Proses Penamaan Calon Kemaman

SHARE

Seramai 1,500 anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersiap siaga bagi melancarkan proses penamaan calon Parlimen Kemaman, Sabtu ini.

Pegawai Daerah Kemaman, Zahari Mat Azahar berkata,  pihak SPR mengadakan sebagai persiapan berdepan situasi sebenar.

“Tujuan adanya simulasi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para petugas di pusat penamaan calon.

“Sebelum ini semua petugas diberikan pendedahan seawal tahun lepas untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan hari ini beliau akan praktikal apa yang dipelajari sebelum hari sebenar,” katanya.

Beliau yang juga Pegawai Pengurus Pilihan Raya P040 Parlimen Kemaman berkata demikian kepada pemberita semasa latihan simulasi penamaan calon di Dewan Berlian Majlis Pembandaran Kemaman (MPK), hari ini.

Menurut Zahari, pada hari berkenaan semua anggota petugas yang terlibat akan membuat persediaan seawal jam 6 pagi di pusat penamaan.

“Pihak kami juga bekerjasama padu dari pelbagai pihak jabatan dan juga parti yang mengambil bahagian bertanding.

“Saya berharap agar penyokong dari parti-parti ini akan membanjiri perkarangan di luar dewan,” katanya.

Kataya, pihak polis akan membuat sekatan jalan raya bagi laluan menghala ke MPK seawal jam 4 pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: