Saturday, 28 April 2018

PRU14 : 10,000 Penyokong BN Mara Ke Stadium Negeri

SHARE
Lautan penyokong BN berarak menuju ke Stadium Negeri. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail dan Hasmizi Hamid

Suasana sekitar Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hingar bingar dengan sorakan ribuan penyokong daripada tiga parti yang mengiringi calon masing-masing sempena proses penamaan calon, hari ini.

Seluruh Terengganu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Nawawi Ismail, Salleh Othman (Wakaf Mempelam), Toh Seng Cheng (Bandar), Dato' Mohd Sabri Alwi (Ladang) dan Zamri Awang Hitam (Batu Buruk).

Manakala calon Pas, Ahmad Amzad Mohamed (Kuala Terengganu), Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam), Ahmad Shah Mohamed (Bandar), Dato' Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang) dan Muhammad Khalil Abdul Hadi (Batu Buruk).

Calon PKR terdiri daripada Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Parlimen Kuala Terengganu dan DUN Batu Buruk), Zubir Mohamed (Wakaf Mempelam), Azan Ismail (Bandar) dan Datuk Zulkifli Mohamad (Ladang).


Lautan kira-kira 10,000 penyokong Barisan Nasional (BN) berarak sambil berselawat sejauh 500 meter dari Restoran Chicken Cottage, di Kampung Ladang sambil mengiringi calon, tiba di perkarangan stadium kira-kira jam 8.45 pagi.

Lima minit sebelum itu, kira-kira 100 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba bersama calon mereka.

Kira-kira 2,000 penyokong Pas pula tiba di perkarangan Stadium Negeri kira-kira jam 8.47 pagi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya P036 Kuala Terengganu, Azmi Razik kemudiannya mengumumkan tempoh masa untuk semua calon menyerahkan borang penamaan bermula pada jam 9 pagi.

Proses penyerahan borang pencalonan dimulakan dengan calon Pas, diikuti BN dan  PKR.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: