Sunday, 1 April 2018

Permohonan Dana Aidilfitri 1 April Hingga 30 April 2018

SHARE


Permohonan Bantuan Dana Perayaan Aidilfitri  2018 bagi rakyat negeri ini dibuka selama sebulan, bermula hari ini (1 April) sehingga 30 April 2018.

Permohonan secara atas talian itu diwajibkan kepada pemohon sama ada yang telah memohon sebelum ini atau pemohon baharu, di mana mereka diminta mengisi kembali permohonan dan tiada kemas kini maklumat.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, berkata  pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.danattb.terengganu.gov.my.

“Antara syarat kelayakannya ialah pemohon mestilah mempunyai keluarga, rakyat Terengganu dan jumlah pendapatan bulanan hendaklah tidak melebihi RM3,000  sebulan.

“Manakalan pemohon yang belum berkahwin, mestilah berumur melebihi 40 tahun serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000.00 sebulan,” katanya kepada teganukita .

Katanya, borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi 
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama salinan dokumen kad pengenalan, surat nikah, surat cerai atau surat mati pasangan dan slip gaji.

“Bagi bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukakan surat pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau penghulu mukim.

“Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Terengganu. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak,” katanya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: