Monday, 30 April 2018

Himpunan Anak Seni Terengganu Tonjol Kehebatan Penggiat Seni

SHARE
Ahmad Razif melihat seni ukiran keris di program Himpunan Anak Seni Terengganu di Taman Tamadun Islam, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim
Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu mengambil inisiatif menganjurkan Himpunan Anak Seni Terengganu di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, hari ini.

Bermotifkan usaha melestari dan memulihara kebudayaan dan kesenian serta warisan negeri, program itu berjaya mengumpulkan kira-kira 200 aktivis seni terlibat dengan pelbagai persembahan dan demonstrasi seni warisan termasuk penggiat teater, seni silat dan ukiran.

Selain menonjolkan keunikan budaya, seni dan warisan negeri yang menjadi salah satu tarikan pelancongan negeri, himpunan sebegini mampu menjadi platform ke arah mengeratkan hubungan sesama penggiat seni.


Pada himpunan tersebut juga, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM200,000 kepada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu untuk diagihkan kepada penggiat seni dan kebudayaan negeri ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika berucap merasmikan program berkenaan berkata, bantuan itu sebagai galakan supaya penggiat seni lebih aktif menganjurkan aktiviti kebudayaan yang menjadi penyeri dan penting kepada pelancongan negeri.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: