Friday, 27 April 2018

Durian Malaysia Capai Piawaian Antarabangsa

SHARE
Shabery meninjau Tapak Pasar Tani Kekal (PTK) di Pekan Kerteh, Kemaman.

Buah durian negara ini yang dieksport ke luar negara diperakui mencapai piawaian pemasaran antarabangsa yang ditetapkan dan bukannya durian pramatang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, buah durian yang bakal dieksport itu adalah dari baka yang terbaik dan kualitinya memenuhi standard permintaan dari luar negara.


“Sebagai contoh, pihak kementerian mengadakan perbincangan dengan kerajaan negara China yang sebelum ini mengiktiraf kemasukan durian dari negara Malaysia ke negara berkenaan.

“Durian Malaysia begitu popular dan mendapat permintaan pasaran yang tinggi dari negara China dan justetru itu MoA (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) akan sentiasa memastikan bekalan berkenaan memenuhi piawaian ditetapkan,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Tapak Pasar Tani Kekal (PTK) di Pekan Kerteh, Kemaman, semalam.

Menurut Ahmad Shabery, Kerajaan Thailand memberi amaran kepada para pengusaha durian jika menjual buah durian pramatang dan mereka boleh dikenakan denda serta hukuman penjara sehingga tiga tahun.

 “Jika didapati bersalah, pengusaha terbabit boleh dikenakan denda sebanyak 60 ribu baht dan penjara tiga tahun,” katanya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: