Thursday, 8 March 2018

Terengganu Tekad Kekal Cemerlang STPM

SHARE

Kerajaan negeri berhasrat untuk mengekalkan kecemerlangan dalam pendidikan terutama dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), selepas merekodkan keputusan membanggakan dalam peperiksaan itu di negeri ini yang diumumkan semalam.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bagi merealisasikan hasrat itu kerajaan negeri bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada 47 buah sekolah yang mempunyai pelajar Tingkatan Enam.
Katanya, pelaburan kerajaan negeri sebelum ini amat berbaloi apabila berjaya mendapat hasil yang diimpikan serta optimis Terengganu akan mendapat kejayaan lebih besar pada masa akan datang.
"Kerajaan negeri berani membuat pelaburan besar dalam pendidikan kerana kita nampak modak insan ini sangat penting dan kita tiada masalah untuk memberi lebih banyak insentif dan galakan dan memajukan pendidikan di Negeri Terengganu.
"Untuk menghasilkan kecemerlangan tidak sesukar mempertahankan kecemerlangan dan kita tidak mahu kita dapat kejayaan terbesar tetapi kejayaan terbesar kerana sikap alpa kita kejayaan itu akhir sekali tidak berulang.
"Jadi untuk mempertahankannya, kerajaan negeri bersetuju menambah peruntukan RM5,000 kepada 47 buah sekolah dan pelajar cemerlang bukan sahaja dapat laptop dan tablet tetapi juga mendapat wang tunai RM500 melalui sumbangan Yayasan Terengganu, bantuan RM1,500 apabila masuk universiti serta tidak termasuk sumbangan lain..ini adalah asas untuk mengekalkan kejayaan dan mempertingkatkan prestasi," katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan STPM Negeri Terengganu Tahun 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Nerus, pagi tadi.
Seramai 100 pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam STPM diraikan dan menerima insentif wang tunai serta komputer riba.


Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,  Shafruddin Ali Hussin.


Ahmad Razif juga memberitahu, kerajaan negeri mensasarkan untuk mencapai lima peratus pelajar STPM 2018 mendapat A penuh berbanding empat peratus tahun lalu selepas melihat potensi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang semakin meningkat. 
-terengganu.news
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: