Tuesday, 6 March 2018

STPM 2017: Pecapaian Terengganu Terbaik Sepanjang Zaman

SHARE
A Latiff menunjukkan keputusan STPM 2017. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim

Terengganu melakar satu lagi cerita kejayaan dalam bidang pendidikan pada tahun ini apabila  muncul sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, dalam keputusan yang dianggap paling bersejarah, Terengganu berjaya mengekalkan kedudukan bagi tahun keempat  berturut-turut dengan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.91 mengatasi PNGK nasional 2.76.

Katanya, sebanyak 36 sekolah daripada 47 sekolah berjaya mengatasi gred minimum PNGK nasional, 40 sekolah merekodkan lulus 100 peratus dan tiga sekolah memperoleh keputusan 100 peratus 5A dan 4A .

“Paling membanggakan,  seramai 23 calon memperoleh semua A penuh (PNGK 4.00), 77 pelajar mendapat 4A (A dan A-).


“ Seramai 1,115 pelajar berjaya memperoleh PNGK 3.00 ke atas pada STPM 2017 berbanding 997 calon pada STPM 2016,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pengumuman Keputusan STPM 2017, di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Bukit Kecil, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.

Shafruddin berkata,  sejumlah 2,453 calon menduduki peperiksaan itu di negeri ini yang mencatatkan peningkatan berbanding 2,254 pada tahun sebelumnya.

“Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu muncul sebagai sekolah terbaik negeri dengan PGNK minimum 3.45,”katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: